1. PENGENALAN
Khulafa
al-Rasyidin terdiri daripada empat orang Khalifah selepas kewafatan Rasulullah
iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Manakala Kerajaan Bani Umaiyyah
diasaskan oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan pada tahun 41 Hijrah. Nama Umaiyyah
diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umaiyyah bin Abd. Manaf.
Kerajaan Umaiyyah memerintah selama 91 tahun oleh dua keturunan, iaitu
keturunan Harb Bin Umaiyyah dan keturunan Abu al-Ash.
2. SISTEM PERLANTIKAN KHALIFAH
2.1. Khulafa al-Rasyidin
Adalah hak untuk
semua kaum muslimin. Jawatan tidak diwarisi sebaliknya dilantik dan mendapat
persetujuan masyarakat Islam. Khalifah Umar dilantik melalui wasiat Abu Bakar
dan Khalifah Uthman dilantik melalui penubuhan Majlis Syura.
2.2. Bani Umaiyyah
Diwarisi secara
keturunan, pemerintah mereka terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umaiyyah.
Khalifah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan ketua Negara. Contohnya
Muawiyyah telah melantik Yazid sebagai penggantinya dan Abdul Malik melantik al
– Walid dan Sulaiman sebagai Putera Mahkota. Pelantikan dua orang putera
mahkota menyebabkan berlakunya pergaduhan merebut kuasa.
3. DASAR PEMERINTAHAN
3.1. Khulafa al-Rasyidin
Al-Quran dan al-sunnah
menjadi asas corak pemerintahan Khalifah mengutamakan kebajikan dan keadilan
semua rakyat. Majlis Syura memainkan peranan penting dalam melaksanakan
pentadbiran negara.
3.2. Bani Umaiyyah
Mengamalkan
pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga kepentingan serta
kedudukan pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Sebahagian khalifah
menjalankan dasar pilih kasih dengan mengutamakan keluarga Bani Umaiyyah.
Kelemahan Khalifah menyebabkan gabenor di beberapa wilayah menyalah gunakan
kuasa, mengumpul kekayaan dan mengamalkan rasuah.
4. POLISI TERHADAP RAKYAT
4.1. Khulafa Al-Rasyidin
Semua rakyat
dipandang sama tanpa mengira kaum dan kedudukan. Bagi mereka mendapat layanan
yang sama dari segi keadilan, sosial dan ekonomi. Bagi mengelakkan berlaku
penindasan ke atas penduduk di wilayah seperti Iraq dan Mesir, Umar menyusun
semula dasar pemilikan tanah. Orang bukan Islam yang mendapat perlindungan
politik pemerintah Islam dikenakan cukai jizyah yang tidak membebankan.
4.3. Zaman Bani Umaiyyah
Kebanyakkan Khalifah
menjalankan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang
bukan Arab terutamanya Bani Umaiyyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam
bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan
penting dan masih dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama
dengan bani Abbasiyyah mengadakan gerakan sulit menentang kerajaan Bani
Umaiyyah.
5. POLISI PROTOKOL KHALIFAH
5.1. Zaman Khulafa Al-Rasyidin
Khalifah tidak
mempunyai hak istimewa dari sudut undang-undang. Hubungan khalifah dengan
rakyat terjalin dengan baik. Rakyat boleh bertemu dengan khalifah dan mengadu
tentang masalah mereka dan penyelewengan pegawai-pegawai.
5.2. Zaman Bani Umaiyyah.
Pentadbiran Kerajaan
bani Umaiyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Rom, Khalifah mengutamakan
kepentingan dan kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol yang
menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh pengawal peribadi.
Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara digunakan untuk kemewahan
pemerintah dan keluarganya.
6. PERLANTIKAN DAN/ ATAU KEDUDUKAN PEGAWAI KERAJAAN
6.1. Zaman Khulafa Al-Rasyidin
Pegawai kerajaan
seperti gabenor dan panglima tentera dilantik daripada mereka yang berkelayakan
dan berkebolehan tanpa mengira kaum dan kedudukan. Di zaman Khalifah Umar
baginda telah memeriksa semua harta benda kakitangan kerajaan sebelum dan
setelah dilantik bagi mengelakkan penyelewengan dan rasuah. Rakyat boleh
mengadu tentang penyelewengan pegawai kerajaan.
6.2. Zaman Bani Umaiyyah
Pegawai tinggi
kerajaan dan tentera dilantik di kalangan keluarga Bani Umaiyyah dan golongan
yang menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat atau dihukum bunuh.
Contohnya panglima Muhammad Ibnu Qassim dibunuh oleh Khalifah Sulaiman bin
Abdul Malik.
7. DASAR PERLUASAN KUASA
7.1. Zaman Khulafa al-Rasyidin
Dasar perluasan kuasa
wilayah di zaman ini adalah bertujuan untuk melemahkan kedudukan politik Rom
dan Parsi yang menjajah dan menceroboh wilayah tanah Arab. Contohnya perluasan
kuasa Khalifah Umar ke atas Mesir ialah untuk menamatkan kekuasaan Rom yang
kejam dan membebaskan rakyat tempatan (Qibti). Kedatangan tentera Islam
mendapat sokongan rakyat tempatan.
7.2. Zaman Kerajaan bani Umaiyyah
Dasar perluasan
wilayah di zaman bani Umaiyyah terutama di zaman Khalifah Abdul Malik Bin
Marwan dan al-Walid merupakan usaha untuk bersaing menunjukkan kehandalan dan
kekayaan mereka. Contohnya Abdul Malik bin Marwan melancarkan gerakan tentera
ke Kabul pada tahun 691H kerana Raja Kabul enggan membayar ufti tahunan. Dasar
perluasan wilayah di zaman Bani Umaiyyah diperluaskan hingga ke sempadan China,
India dan Sepanyol.
8. TINDAKAN KEPADA GOLONGAN YANG MENENTANG KHALIFAH
8.1. Zaman Khulafa Al-Rasyidin
Bagi menghadapi
golongan ar-Riddah, iaitu golongan yang tidak mahu membayar zakat dan
kemunculan nabi palsu, khalifah al-Rasyidin menghantar utusan memberi
penerangan dan meminta mereka kembali kepada ajaran Islam. Tindakan ketenteraan
diambil setelah golongan ini masih enggan menghentikan gerakan mereka. Abu
Bakar dan khalifah yang lain memberikan layanan yang baik dan sama rata kepada
golongan yang telah bertaubat dan kembali semula kepada ajaran Islam.
8.2. Zaman Bani Umaiyyah
Khalifah Bani
Umaiyyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan
Bani Umaiyyah terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah. Peristiwa Karbala
telah memperlihatkan kekejaman Yazid yang membawa kepada pembunuhan Saidina
Hussien. Penindasan dilakukan secara berterusan keatas golongan Khawarij dan
Syiah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz sahaja yang berusaha untuk mengadakan
perundingan dengan pihak musuh.
9. PERSAMAAN DASAR PEMERINTAHAN
Persamaan dasar pemerintahan antara
Khulafa Al-Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyyah seperti berlandaskan dasar
pemerintahan Umar Abd. Aziz. Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan Khalifah
dari kerajaan Bani Umaiyyah yang berusaha menjalankan pemerintahan berlandaskan
Islam. Ini menyebabkan beliau dikenali oleh ahli sejarah sebagai Khulafa Al-Rasyidin
yang ke lima.
10. KEDUDUKAN KHALIFAH SEBAGAI KETUA AGAMA
Khulafa al-Rasyidin mempunyai autoriti
bidang keagamaan. Di zaman Bani Umaiyyah autoriti itu telah terhakis.
11. KESIMPULAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan