1. Konsep
Jahiliyah
Menurut
bahasa, perkataan jahiliyah itu berasal daripada perkataan; JAHALA dan kata
terbitan JAHLUN atau JAHALATUN yang bererti bodoh dan sesat. Ini selaras dengan
firman Allah di dalam al-Quran.
Firman
Allah Ta’ala:
ثُمَّ
أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَىٰ طَائِفَةً
مِنْكُمْ ۖ
وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ
الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۖ
Maksudnya:
“Kemudian
sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan
kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi
segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang
lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan
sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah (al-Imran: 154).
Firman Allah Ta’ala:
أَفَحُكْمَ
الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Maksudnya: “ Adakah hukum jahiliyah itu yang mereka mahu? Siapakah yang terlebih
baik selain dari Allah hukuman bagi orang-orang yang yakin” (al-Ma’idah:
50).
Dari sudut
istilah, al-Quran secara ringkasnya telah merumuskan empat ciri-ciri jahiliyah,
di antaranya ialah:
·
Zaman yang tidak mempunyai nabi
dan kitab suci sebagai petunjuk.
·
Zaman yang tidak mempunyai peradaban
atau tamadun.
·
Zaman masyarakatnya tidak berakhlak,
angkuh dan bongkak.
·
Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak
boleh menulis dan membaca.
Menurut P.K.Hitti, seorang orientalis Barat, beliau
menyatakan bahawa orang-orang Arab dianggap jahil dan bodoh dari aspek
agama dan kepercayaan tetapi maju dalam ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun
yang tinggi, tetapi pendapat ini tidak dapat diterima menurut pandangan Islam. Islam
menegaskan jika ada salah satu sifat di atas dalam sesebuah masyarakat, maka masyarakat
itu boleh dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun atau masyarakat jahiliyah.
2.
Struktur Masyarakat Arab Jahiliyah
Masyarakat Arab Jahiliyah terbahagi
kepada dua kelompok utama iaitu Baduwi dan Hadari:
2.1.
Masyarakat Baduwi tinggal di bahagian
tengah Semenajung Tanah Arab dan tidak bercampur atau berhubung dengan
masyarakat asing. Mereka hidup berpindah-randah (nomad) untuk mencari kawasan subur
untuk tanaman dan ternakan mereka. Mereka juga mencari kawasan selamat dari
angin padang pasir yang memusnahkan khemah, tanaman dan ternakan serta kawasan
selamat dari khabilah lain.
2.2.
Masyarakat Hadari pula ialah masyarakat
yang lebih matang dan cerdik akal fikirannya. Mereka mempunyai pergaulan yang
luas dengan pedagang dari luar. Masyarakat ini dapat dibahagikan kepada lima
golongan iaitu;
·
Golongan
bangsawan yang terdiri ahli perniagaan dan pemerintah.
·
Golongan
agama, tukang tilik dan penyair.
·
Golongan
hamba
·
Wanita
·
Masyarakat
awam / rakyat biasa.
3.
Aspek Agama Dan Kepercayaan
Terdapat
pelbagai agama dan kepercayaan termasuk Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif,
Berhala, animisme dan tahyul. Kepelbagaian ini kerana adanya pengaruh asing di
samping keadaan alam sekitar yang dipercayai dapat mengawal dan membantu
kehidupan seharian:
3.1. Kepercayaan
Majusi: Disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman.
Mereka turut menyembah api.
3.2. Agama Nasrani:
Disebarkan oleh orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan. Mempunyai kitab suci
tetapi ajaran Nabi Isa telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri.
3.3. Agama Yahudi: Disebarkan
oleh saudagar yang berasal dari Palestin. Penganut asal ialah Bani Israel.
Mempunyai kitab suci tetapi ajaran sebenar Nabi Musa telah dipinda. Mereka
membohongi masy Arab dengan menyatakan agama mereka benar dari Allah. Agama ini
bertapak di Yaman dan Madinah.
3.4. Terdapat
segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim yang
digelar Hunafa dan bertempat di Mekah. Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
sampai di Mekah lebih awal, maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan
Nasrani di Arab.
3.5. Penganut agama-agama
dari langit (Nasrani, Yahudi, Hanif) dalam kalangan masyarakat Arab tidak ramai.
3.6. Kepercayaan
paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala.
Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s. Masyarakat Arab mahu
perantaraan untuk menghubungkan mereka dengan Allah. Mereka mencipta berhala
daripada batu dan kayu dan diletakkan di sekeliling Kaabah. Pemembahan berhala
muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap
penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang yang perlu dipertahankan.
3.7. Disamping itu
mereka percaya kepada animisme dan tahyul. Objek di cakerawala dan di bumi
disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih diatas apa yang mereka
terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda2 baik/ buruk yang
ditunjukkan oleh sesuatu objek.
3.8. Kepelbagaian
dalam beragama turut menyumbang kepada amalan2 lain yang berbagai rupa termasuk
amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
4.1. Tidak terdapat struktur politik yang
jelas dan tetap di kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan.
Hirah dan Ghassan (utara) telah dijajah oleh Rom dan Yaman. Di selatan pula
oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek
pentadbiran. Mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Kekalahan
berpunca dari sikap berpuak2 dan sentiasa berperang. Ketika kerajaan Himyar
(selatan) anak tempatan diberi jawata tetap tetapi statusnya hanya boneka
kepada kerajaan Parsi.
4.2.
Di Mekah, struktur politik
masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tertinggi (Darul Nadwa) dalam jabatan2
pentadbiran dan dipimping oleh pimpinan yang bergelar Syeikh. Namun ciri-ciri
politiknya mempunyai unsur2 jahiliyah. Mereka mengmalkan politik berkabilah
yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
4.3. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan
tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif,
pendendam dan ingin menguasai puak2 lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku
bagi mendapat kuasa mentadbir jabatan haji, perdagangan dan ketenteraan yang
amat penting.
4.4.
Di samping itu ketua2 suku terpaksa
membentuk majlis ketua2 suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya
mempengaruhi keputusan Mala’. Keadaan ini mendorong suku2 lemah membentuk
majlis suku2 (hilf al Fuduh) bagi mengimbangi kuasa Mala’ dan menjaga
kepentingan kaum yang lemah.
4.5. Kecelaruan politik masyarakat Mekah
berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk
bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
5.
Aspek Ekonomi
5.1. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi
utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan di antara bandar di Syria
dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat
penjajahan oleh Rom ke atas Syria dan oleh Parsi ke atas Yaman, perdagangan
Arab turut terjejas.
5.2. Saudagar Arab Mekah menghadapi kesan
itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Baduwi
yang menternak binatang.
5.3. Cara hidup Baduwi yang berpindah-randah
mendatangkan kesukaran kepada saudagar Mekah. Suku Baduwi sentiasa menyerang
saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas
ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
5.4.
Ketika Mekah dipimpim oleh Abdul Manaf,
urusan perdagangan diagih tugas kepada anak-anaknya. Misi perdagangan dihantar
ke Syria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barangan rempah, permata, emas, sutera dan
lain-lain diimport manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain
dieksport melalui pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf (moyang Nabi s.a.w.)
perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantium dan Parsi diwujudkan.
5.5.
Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan
kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi
meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Mekah akan ke Yaman
dan ke utara bila musim panas.
5.6.
Pasar-pasar diadakan di Mekah dan
sekitarnya. Barangan seperti bijiran, buah-buahan, pakaian, hamba abdi (tidak
ditebus setelah kalah perang) dan barangan lain dijual di pasar. Sistem tukar
barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
6.
Aspek
Sosial
6.1. Struktur social masyarakat Arab agak
mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud
di Bandar. Mereka berpuak-puak berdasarkan pertalian darah dan semangat asabiyah
yang amat tebal. Setiap puak melantik seorang syeikh di kalangan mereka dan
menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja.
6.2. Suku Baduwi hidup berpuak-puak dan
ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini
bermula dari satu keluarga dan kemudian bergabung menjadi keluarga besar
disebut bani. Suku baduwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang
berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat
masyarakatnya.
6.3.
Semangat asabiyyah menyuburkan ciri jahiliyah.
Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah tercetus
walaupun disebabkan oleh perkara2 kecil. Peperangan itu untuk menguji kekuatan
dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak
yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba.
6.4.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang
kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan setiap
tindakan mereka tanpa kawalan serta peraturan. Golongan bangsawan menikmati
kehidupan yang mewah dengan melibatkan perjudian, pelacuran dan pembunuhan.
6.5. Kaum wanita dipandang hina. Bayi
perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung
malu. Walau bagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan
mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian untuk mengistiharkan anak
perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh baligh.
7.
Aspek
Ilmu Pengetahuan
7.1.
Kebanyakan orang Arab Jahiliyah buta
huruf, walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar dan pedagang luar yang
maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang
lebih menguntungkan. Kerana selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.
7.2.
Kemahiran bersajak dan bersyair hanya
digunakan untuk meluah perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui
pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya
melibatkan perkara-perkara berkaitan pengalaman masa lampau yang kurang kualiti
ilmiahnya.
7.3.
Di kalangan masyarakat Arab yang
terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh
membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan
berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.
Keadaan ini memperlihatkan ciri2 kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
8.
Nilai-Nilai Positif Dan Mulia
8.1.
Menghormati tetamu,
8.2.
Berpegang kepada janji
8.3.
Mentaati pemimpin
8.4.
Memberi perlindungan – konsep jiwar.
BENTUK SOALAN
1.
Bincangkan konsep manusia dan kehidupan
masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.
2. Apakah yang anda faham tentang konsep Jahiliyah.
Bincangkan ciri2 tersebut dari segi kepercayaan dan akhlak, politik, ekonomi
dan sosial.
3. Masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah
dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun daripada sudut pandangan
Islam. Bincangkan.
Ukhtuka Fi Islam,
Farah
‘Ullya Lutpi
SMA
Syeikh Abdul Malik
Kuala
Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan