Cari Blog Ini

Selasa, 20 November 2012

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM



1. PIAGAM MADINAH

Pengenalan
Pada masa ketibaan Rasulullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Mekah pula digelar  Muhajirin. Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Mekah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Isi Kandungan
1.      Huraian Mengenai Piagam Madinah
Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah.

Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu.

2.      Beberapa Aspek Utama Piagam Madinah
o    Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

o   Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.

o    Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa-apa serangan musuh.

o     Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .

o      Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agamamasing-masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.

o Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.


Kepentingan Piagam Madinah kerana ianya mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

o  Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.

o Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.

o    Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.

o      Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

o    Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Mekah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.

o    Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.

o  Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.

o    Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.

o     Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.

o   Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

o  Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.

o    Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Mekah dalam Perang Khandak.

Kesimpulan
o Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
o       Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
o       Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
o   Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.



2.  STRUKTUR PEMERINTAHAN

Soalan: Huraikan Sistem Pemerintahan Negara Islam Madinah Pada Zaman Nabi Muhammad s.a.w.


Pengenalan
Nabi Muhammad s.a.w dalam keluarga ternama masyarakat Quraisy iaitu keturunan Bani Hashim. Setelah baginda dilantik menjadi Rasulullah pada 610 Masihi, Nabi Muhammad s.aw mendapat tentangan yang hebat dari masyarakat Quraisy Mekah. Penentangan demi penentangan menyebabkan baginda terpaksa berhijrah ke Madinah seterusnya mengasaskan sistem pemerintahan negara Islam pertama di Madinah.

Sistem Pemerintahan Negara Islam Madinah
Nabi Muhammad s.a.w telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan membuat beberapa dasar penting antaranya:


a. Membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada empat perkara iaitu:
o  Menghapuskan semangat Assabiyyah dan menggantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.

o Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat.

o   Menjadikan kaedah bermusyawarah sebagai kaedah berkesan dalam pentadbiran.
o   Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.


b. Pembentukan Ummah
o    Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep Pembentukan Ummah.

o  Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk Islam. Setelah itu tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan assabiyyah.

o Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling bantu membantu antara satu sama lain.


c. Mewujudkan Piagam Madinah
o    Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi s.a.w dilaksanakan kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan dan undang-undang yang tertinggi di Madinah.

o   Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati. Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

o   Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.

d. Kaedah Musyawarah Dalam Pentadbiran
o   Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura (Musyawarah) dalam semua bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi.

o   Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan demi perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.

o   Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan golongan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.

o   Nabi Muhammad s.a.w juga mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Mekah bagaimana umat Islam dapat menghadapi serangan orang-orang Quraisy.

e. Membina Angkatan Tentera Islam
o   Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya dari kaum musyrikin.

o   Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada, pertama disertai oleh Nabi Muhammad yang dipanggil ‘ghazwah’ dan kedua ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad dikenali sebagai ‘sariyah’ Nabi Muhammad s.a.w telah menyertai sebanyak 27 kali ekspedisi ketenteraan.

o Pembentukan angkatan tentera Islam telah membolehkan umat Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin dalam beberapa siri peperangan menghadapi serangan orang Musyrikin Mekah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Uhud dan Khandak.

o   Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua dan pemimpin angkatan tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.

f. Membina Masjid
o      Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah Nabi yang dikenali sebagai Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan pusat penyebaran Islam.

o   Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, Masjid juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid al-Nabawi juga berfungsi sebagai mengajar, membimbing, memberi nasihat kepada orang – orang yang baru menganuti Islam.


Kesimpulan
Sistem pemerintahan Islam di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah merupakan sistem pemerintahan yang terbaik di dunia. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengasaskan sistem pemerintahan Islam di Madinah selain dapat menyebarkan Islam keseluruhan dunia.



3.      CIRI-CIRI KEPIMPINAN NABI S.A.W.
Soalan: Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda. Bincangkan

Pendahuluan
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.
Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan (16 Ogos 610M) iaitu surah al-Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Agama
Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah (beri contoh untuk setiap sifat terpuji). Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia.
Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al-Quran. Sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah Ta’ala. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis. Dalam amanat terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al-Quran dan al-hadis.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Politik
Mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu:

o    Meletakkan semula batu hitam atau Hajar al-Aswad dipenjuru Kaabah.
o  Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua.
o     Diiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui Sahifah Madinah.
o Mengadakan hubungan diplomatik, contohnya menghantar perwakilan Islam ke Habsyah dan Mesir.
o   Memperkenalkan sistem Syura untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Tentera
o   Nabi s.a.w. menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan dan baginda telah menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.

o   Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala.

o  Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.

o   Sentiasa adil kepada kawan sama ada kawan atau musuh, contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum yang lemah.

o  Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.

o   Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
v  Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
v  Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang.
v  Melarang bertindak kejam terhadap tawanan dan musuh yang telah mati.
v  Melarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
v  Melarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
v  Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
v  Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
v  Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
v  Patuh kepada ketua.
v  Tidak boleh lari dari medan peperangan.
v  Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Kepemimpinan Nabi Sebagai Pemimpin Masyarakat
o     Berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.

o    Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.

o    Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.

o   Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.

o   Menaikkan taraf wanita.

o Menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi (diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah).

o   Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing-masing.

o   Ketua-ketua suku diberikan peranan masing – masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menentukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah.


Kepemimpinan Nabi Sebagai ketua hakim
Baginda s.a.w. menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama di dalam beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim. Sebagai contoh:  ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.

Kepemimpinan Nabi Sebagai perancang ekonomi
Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi.

Kesimpulan
Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan.Kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.





Ukhtuka Fi Islam
Farah ‘Ullya Lutpi
SMA Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu





Tiada ulasan:

Catat Ulasan