1. PENDAHULUAN
Saidina Umar bin
al-Khattab telah dilahirkan pada 13 tahun selepas kelahiran junjungan mulia
Nabi Muhammad iaitu pada tahun 583 Masihi. Nama sebenar beliau ialah Umar bin
al-Khattab bin Naufal. Beliau berketurunan Bani A’di daripada golongan Arab
Quraisy. Beliau telah diberi gelaran al-Farouk yang membawa maksud pemisah
antara hak dan batil; dan beliau sangat terkenal dengan sikapnya yang tegas,
berani dan berterus-terang. Tarikh perlantikannya sebagai Khalifah kedua
kerajaan Islam ialah pada hari Selasa, 22 Jamadilawal tahun ke 13 Hijrah
bersamaan 634 Masihi. Beliau telah memerintah selama 10 tahun 6 bulan hingga
tahun 644 Masihi sebelum wafat di usia 63 tahun di bulan Zulhijjah bersamaan
tahun 23 Hijrah.
Berkenaan cara perlantikan beliau pula, Saidina Abu Bakar as-Siddiq telah menamakan beliau sebagai penggantinya ketika sedang sakit sebelum Saidina Abu Bakar wafat. Malah, Saidina Abu Bakar turut meminta pendapat dan pandangan orang ramai mengenai keputusannya untuk melantik Saidina Umar sebagai penggantinya. Wasiat Saidina Abu Bakar untuk melantik beliau sebagai waris Khalifah empayar Islam Madinah telah ditulis oleh Saidina Uthman bin Affan.
Berkenaan cara perlantikan beliau pula, Saidina Abu Bakar as-Siddiq telah menamakan beliau sebagai penggantinya ketika sedang sakit sebelum Saidina Abu Bakar wafat. Malah, Saidina Abu Bakar turut meminta pendapat dan pandangan orang ramai mengenai keputusannya untuk melantik Saidina Umar sebagai penggantinya. Wasiat Saidina Abu Bakar untuk melantik beliau sebagai waris Khalifah empayar Islam Madinah telah ditulis oleh Saidina Uthman bin Affan.
2. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB
Zaman pemerintahan
Saidina Umar bin al-Khattab turut dianggap pengkaji sejarah Islam sebagai zaman
keemasan tamadun Islam terutamanya kerajaan Islam Madinah kerana polisi
pentadbiran dan pemwujudan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran yang telah
membawa banyak perubahan yang berjaya kepada kerajaan yang unggul pada ketika
itu telah disusun rapi oleh pentadbiran Saidina Umar bin al-Khattab.
2.1. Menyusun Semula Majlis Syura
Antara sumbangan terpenting Saidina Umar al-Khattab kepada ketamadunan
Islam ialah menyusun semula majlis Syura yang dianggotai oleh wakil daripada
golongan muhajirin dan ansar. Malah, beliau turut mengisytiharkan penggunaan
kalendar mengikut tahun Hijrah.
2.2.
Menyusun Semula Undang-Undang Tanah
Selain itu, beliau turut menyusun semula undang-undang tanah negara dan
menyusun semula pentadbiran tanah yang di bawah penguasaan kerajaan Islam di
mana tanah-tanah tersebut dinamakan sebagai harta negara. Saidina Umar juga
telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik
wali atau gabenor sebagai ketua untuk bertindak sebagai pentadbir awam dan
panglima tentera. Malah, wilayah yang telah dibahagikan turut dipecahkan lagi
kepada beberapa kawasan seperti Mekah, Madinah, Palestin, Kufah, Jazirah dan
Basra untuk melancarkan lagi sistem pentadbiran.
2.3. Menubuhkan Jabatan Kerajaan
Di samping itu, Saidina Umar al-Khattab juga telah menubuhkan beberapa
jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan
Jabatan Perbendaharaan Negara. Seorang setiausaha diletakkan di setiap jabatan
tersebut untuk mengetuai pentadbiran jabatan tersebut. Selain itu, beliau telah
memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain. Seorang hakim pula telah
dibayar gaji bulanan yang tinggi, sekitar 500 dirham untuk mengelakkan salah
laku dalam menjalankan tugas.
Dalam sistem pendidikan; Saidina Umar al-Khattab telah mengembangkan
pengajaran al-Quran dengan penyediaan madrasah di kawasan masjid dan beliau
turut menghantar guru-guru agama ke seluruh wilayahnya untuk mengembangkan
sistem pendidikan. Sebagai contoh, Abu Sufyan pernah diutuskan ke kawasan
pedalaman untuk mengajar orang Badwi di kawasan tersebut.
2.5.
Menyusun Semula Tentera Islam
Dalam pada itu, Saidina Umar al-Khattab juga telah mempertingkatkan lagi
ketamadunan Islam pada masa itu dengan menyusun semula tentera Islam dengan
mewujudkan pasukan tentera sukarela dan pasukan tentera tetap. Mereka juga
diberikan gaji yang tetap dan pakaian seragam. Markas tentera dan kubu-kubu
pertahanan turut dibina di bandar-bandar utama dan sempadan yang menghadap
negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah. Pada zaman
pemerintahannya juga, harta ghanimah tidak lagi diberi kepada tentera Islam
setelah sistem gaji diperkenalkan.
2.6. Membina Terusan Dan Tali Air
Dalam bidang ekonomi pula, beliau juga telah membina terusan dan tali
air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah
dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat juga telah
digalakkan untuk meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan
tanah terbiar.
2.7. Memperkenalkan Sistem Cukai
Saidina Umar al-Khattab turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk
mempertingkatkan lagi pendapatan negara. Contonhya jizyah yang dikenakan kepada
golongan zimmi (golongan bukan Islam yang hidup dalam pemerintahan kerajaan
Islam) adalah tidak memberatkan mereka. Begitu juga dengan kharaj yang
dikenakan ke atas hasil tanaman. Melalui sistem cukai ini, beliau telah berjaya
menubuhkan Baitulmal. Saidina Umar bin al-Khattab juga telah diberi gelaran
sebagai amirul mukminin atas kepimpinannya.
3. KESIMPULAN
Umar al-Khattab telah
memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat semasa pemerintahan beliau.
Ukhtuka Fi Islam
Farah ‘Ullya Lutpi
SMKA Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan