KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
1. PENGENALAN
Khalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali
bin Abi Talib. Beliau lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi
Muhammad menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama
sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal
daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau
telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun hingga 661 Masihi
sebelum wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman
bin Muljan di Kufah. Saidina Ali bin Abi Talib juga turut diberi gelaran
sebagai Abu Thurab dan Abu Hasan. Beliau juga merupakan kanak-kanak pertama
yang memeluk Islam. Beliau didoakan sebagai karamah allahu wajhah yang membawa
maksud orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah karana tidak
pernah menyembah berhala. Malah, beliau juga sangat terkenal dengan sifat
keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak tegas serta berpengetahuan luas
dalam perundangan Islam.
2. SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Di antara sumbangan dan jasa Khalifah Ali bin Abi Talib dalam siri
pemerintahannya ialah:
2.1. Sanggup Menerima Jawatan Khalifah Dalam Keadaan Kegoyahan
Sumbangan terbesar
saidina Ali bin Abi Talib kepada kerajaan Islam ialah beliau sanggup menerima
jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa
itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam
yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi
ketua. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga beliau dibunuh kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara.
2.2. Menghentikan Peperangan Di Antara Umat
Islam
Beliau juga
bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian
negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun
tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi
disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka
beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses
perundingan.
2.3. Membina Markas Tentera Di Parsi Dan Syria.
Biarpun mengutamakan
keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal
pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi
dan di sempadan Syria.
2.4. Meneruskan Cukai Jizyah Kepada Zimmi.
Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan
jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada
al-Asytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan
zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.
3. KESIMPULAN
Pada tahun 661M setelah
Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka, berakhirlah kaedah pelantikan
pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura. Kaedah itu telah diganti dengan
sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua pemerintah kerajaan
Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki
Ukhtuka Fi Islam
Farah ‘Ullya Lutpi
SMKA Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan