Soalan: Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa
al-Rasyidin
Pendahuluan
o
Latar belakang pemerintahan khulafa
al-Rasyidin.
o
Pengertian Khalifah.
o
Ciri-ciri kepimpinan Khalifah.
Isi Kandungan
Pemilihan secara
Baiah :
o Perlantikan secara persetujuan orang ramai
tanpa ada calon.
o Perlantikan Abu Bakar telah dicalonkan oleh
Umar al-Khattab di Balai Bani Saidah
o Saidina Umar telah menjabat tangan Abu Bakar
dan membuat pengakuan taat setia kepadanya dan diikuti oleh sahabat-sahabat
lain serta kaum Ansar dan Muhajirin. Penerimaan masyarakat Madinah kerana
Saidina Abu Bakar pemimpin Muhajirin yang paling layak dan berpengalaman luas
dalam membentuk masyarakat Islam di Mekah dan Madinah serta mendapat dididikan
kepimpinan Rasullullah saw.
Pemilihan Secara
Wasiat
o Saidina Abu Bakar telah mencadangkan
Umar al-Khattab untuk menggantikannya dan ahli syura telah menerima cadangan
itu .Saidina Abu Bakar telah meminta Saidina Uthman b Affan menulis sepucuk
surat perlantikan menyatakan Saidina Umar adalah penggantinya.Kemudian
rakyat telah memberi baiah atau tat setia kepadanya.
o Pengalaman Abu Bakar menghadapi al-Riddah
menyebabkan baginda meraskan negara perlu melantikan seorang pemimpin yang
tegas supaya peristiwa itu tidak berulang.
o Maka perlantikan secara wasiat memang
dianjurkan islam dalam situasi tertentu.
Melalui Majlis
Perlantikan Khalifah
o Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan
Majlis Perlantikan sebelum beliau bertujuan mengelakkan perpecahan dikalangan
umat Islam .Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman b Auf sebagai ketua
dan ahlimajlis yang lain.Dalam pengundian yang dijalankan Uthman b Affan telah
dilantik untuk menjadi khalifah yang ketiga .
o Cara perlantikan ini menunjukan demokrasi
subur dalampemilihan khalifah.
Perlantikan Secara
Paksa
o Perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a.
disokong oleh penduduk Hijaz , Basrah dan Kufah manakala pemberontak tidak
membaiahnya. Perlantikannya dianggap sah kerana kerajaan Islam Madinah
menghadapi peperangan Jamal dan berlakunya pemberontakan.
o
Justeru itu perlantikannya secara paksa tepat
pada masanya kerana negara ketika itu memerlukan seorang khalifah yang
tegas dan berwibawa untuk mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah.
Cara ini juga dianggap demokrasi kerana sebahagian besar masysrakat islam
membaiah khalifah Ali.
Kesimpulan
Perlantikan
yang pelbagai cara dilaksanakan,namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh
masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.
Ukhtuka Fi Islam
Farah ‘Ullya Lutpi
SMKA Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan