1.
PENGENALAN
Khalifah terakhir
dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau
lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad menjadi rasul.
Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar beliau ialah Ali bin
Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan Bani Hasyim dan
merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat sebagai khalifah
selama hampir lima tahun hingga 661 Masihi sebelum wafat pada 17 Ramadhan tahun
41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan di Kufah. Saidina Ali bin
Abi Talib juga turut diberi gelaran sebagai Abu Thurab dan Abu Hasan. Beliau
juga merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau didoakan sebagai
karamah allahu wajhah yang membawa maksud orang yang dimuliakan wajahnya atau
maruahnya oleh Allah karana tidak pernah menyembah berhala. Malah, beliau juga
sangat terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak tegas
serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam. Berkaitan dengan cara
pemilihannya pula, Saidina Ali dipilih dan rela menjadi khalifah dalam keadaan
negara yang huru hara akibat kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang tidak
mewasiatkan waris penggantinya.
2. SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Di antara sumbangan
dan jasa Khalifah Ali bin Abi Talib dalam siri pemerintahannya ialah:
2.1. Sanggup Menerima Jawatan Khalifah Dalam Keadaan Kegoyahan
Sumbangan terbesar saidina Ali bin Abi
Talib kepada kerajaan Islam ialah beliau sanggup menerima jawatan pemimpin
tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku
kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang
bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua.
Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dibunuh
hanya kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina
oleh junjungan mulia Nabi Muhammad.
2.2.
Menghentikan
Peperangan Di Antara Umat Islam
Beliau juga bermati-matian dalam
usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam
satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir
mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam
kalangan pihak musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup
menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.
2.3. Membina Markas Tentera Di Parsi Dan Syria.
Biarpun mengutamakan keharmonian dan
kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan
negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di
sempadan Syria.
2.4. Meneruskan Cukai
Jizyah Kepada Zimmi.
Untuk
mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini
dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada al-Asytar. Khalifah Ali meminta
beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada
mereka.
3. KESIMPULAN
Pada tahun
661M setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka, berakhirlah
kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura. Kaedah itu
telah diganti dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua
pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai
pemerintahan monarki
Ukhtuka Fi Islam
Farah ‘Ullya Lutpi
SMKA Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu
good point
BalasPadamassalamuaalaikum boleh saya dapatkn buku rujukan?
BalasPadam