1. PENDAHULUAN
Abu Bakar adalah putera Abu Quhafah
yang nama aslinya adalah ‘Utsman,Abu Quhafah bin ‘Amir bin ‘Amr bin Ka’b bin
Sa’d bin Taim bin Murrah bin Ka’b bin Luwai bin Ghalib bin Fihr. Panggilan Abu
Bakar ini sebenarnya gelaran bagi beliau,bukan nama sebenar beliau. Abu
bermaksud bapa manakala Bakar bererti dengan segera. Beliau digelar demikian
kerana beliau memeluk Islam dengan segera mendahului orang lain. Nama beliau
sebelum memeluk Islam ialah ‘Abdulka’bah manakala sesudah memeluk Islam
digantikan oleh Nabi dengan nama ‘Abdullah. Abu Bakar berketurunan Bani Ta’mim.
Sejak kecil, Abu Bakar terkenal dengan kejujurannya, berbudi pekerti mulia dan
bersifat terpuji. Beliau digelar al-Siddiq kerana telah membenarkan setiap
percakapan dan perbuatan Nabi. Beliau juga telah bersama-sama Rasulullah s.a.w.
berhijrah ke Madinah dan tinggal bersama di dalam Gua Thur. Antara
sahabat-sahabat Nabi, Abu Bakar adalah orang yang paling rapat dengan Nabi
Muhammad s.a.w. Jadi, beliau menjadi lelaki dewasa pertama yang memeluk agama
Islam. Abu Bakar bekerja dalam bidang perniagaan. Usia beliau juga hampir sama
dengan usia Nabi Muhammad. Disebabkan oleh usia dan pekerjaan yang hampir sama
itulah yang kemudiannya dapat mengikat kedua-duanya sehingga menjadi sahabat
karib. Abu Bakar mempunyai lima orang cahaya mata. Putera-puterinya adalah
Abdullah, Asma’, Aisyah, Muhammad, Ummu Kalsom. Abu Bakar wafat pada 23 Jamadil
Akhir tahun 13 Hijrah. Makam Abu Bakar al-Siddiq berhampiran dengan makam
Rasululullah SAW di Madinah.
2.
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR
Di antara sumbangan-sumbangan Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq dalam siri pemerintahannya ialah:
2.1. Dalam Medan Dakwah
Selepas Abu
Bakar As-Siddiq memeluk Islam, beliau mula berdakwah. Peribadi Abu Bakar telah
dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang mulia dan selalu menolong orang
lain. Oleh sebab itu, banyak orang yang selalu datang kepadanya untuk meminta
tolong dan disebabkan oleh keperluan perdagangan. Dalam kesempatan baik seperti
ini, beliau selalu mengajak teman akrabnya untuk masuk Islam. Antara teman
akrabnya yang memeluk Islam dari dakwahnya adalah Zubair bin Awwam, Usman bin
Affan, Talha bin Ubaidah, Saad bin Abi Wakas dan Abdurahman bin Auf r.a.
2.2. Memerangi Tentera Rom
Abu bakar
menjadi khalifah pertama dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin. Beliau memerintah
selama dua tahun iaitu dari 11 hingga 13 Hijrah atau 632 hingga 634 Masihi. Perintah
pertama yang dikeluarkan sesudah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah ialah
mengerahkan dan meneruskan perjalanan tentera Usamah bin Zaid. Pasukan Usamah
ialah pasukan yang telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur barisan tentera
Rom di Perbatasan Utara.
2.3. Membebaskan Dari Cengkaman Rom Dan Parsi
Sumbangan lain
ialah membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi. Beliau telah berjaya
membebaskan negeri-negeri di bawah naungan Rom dan Parsi. Tentera Islam yang
diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya mempertahankan Madinah
daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur dan serangan
kerajaan Byzantine (Rom Timur) di sebelah Barat.
2.4. Memerangi Golongan Murtad
Selain itu,
Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu sekaligus
mendaulatkan kerajaan Islam Madinah. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka
bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin,malah ada di antara
mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan
dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap
golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri
Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah
Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam
suatu pertempuran.
2.5. Memerangi Golongan Yang Enggan Membayar Zakat
Abu Bakar
dalam dakwahnya ialah menghapuskan kaum yang enggan membayar zakat.
Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat sehingga mengakibatkan terdapat
kabilah-kabilah Arab yang hampir murtad habis-habisan, melepaskan kepercayaan
Islam seluruhnya manakala ada di antaranya yang masih tetap di dalam Islam
tetapi enggan memenuhi salah satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.
2.6. Membahagikan Tanah Arab Kepada Sepuluh Wilayah
Di samping itu, beliau
turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam dengan
membahagikan lagi Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman,
al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar
pemerintahannya, beliau turut melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir
wilayah-wilayah tersebut.
2.7. Memperkenalkan Sistem Bayaran Gaji Kepada Tentera
Saidina Abu Bakar
as-Siddiq turut memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui Ghanimah atau
harta rampasan perang. Malah undang-undang tanah seperti bayaran cukai
al-Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah atau cukai perlindungan bagi orang kafir
dan melindungi golongan mawali iaitu orang bukan Arab yang memeluk Islam.
2.8. Pengumpulan al-Quran
Sumbangan terbesar
Saidina Abu Bakar als-Siddiq ialah beliau telah mengumpul semula semua naskah
al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasullullah itu menjadi panduan umat Islam
sehingga kini. Hal ini kerana beliau telah mula runsing dengan kemunculan
golongan murtad dan nabi palsu, maka beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit
supaya mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula.
Salinan tersebut telah disimpan olehnya dan telah diamanahkan kepada Saidina
Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman
bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau telah digelar
sebagai Penyelamat Umat Islam.
2.9. Sistem Pengurusan Jama’ah Haji
Selain
itu,beliau juga merupakan sahabat awal yang mendapat gelaran Amirul Hajj. Ini
berlaku pada tahun ke-9Hijrah. Tugas Amirul Hajj adalah memimpin jemaah haji ke
Mekah sehingga kepulangan mereka di samping memberikan pengawalan dan menjaga
keamanan mereka. Tugas sebagai Amirul Hajj juga adalah sebagai pembimbing
pelaksanaan syiar ibadah haji di Mekah, Arafah dan di pelbagai daerah-daerah
tanah suci.
3. KESIMPULAN
Saidina Abu Bakar al-Siddiq boleh
diumpakan sebagai seorang yang amat penting dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w. Beliau
merupakan seorang yang sanggup berjihad dan mengorbankan nyawa serta harta demi
memperoleh keredaan Allah. Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam
seharusnya hidup berlandaskan syariat Islam. Kita perlu berusaha dalam
membebaskan manusia daripada belenggu syirik. Pembangunan ekonomi juga patut
dilaksanakan untuk perluasan dakwah dan kemajuan negara kita sendiri. Selain
itu,pihak kerajaan juga perlu sama-sama berganding bahu dengan rakyat untuk
menyebarkan dakwah Islamiah. Pengaruh Islam semakin tersebar apabila Khalifah Abu Bakar berjaya memerangi
golongan murtad dan nabi-nabi palsu dalam kalangan kabilah-kabilah.
Kebijaksanaan politik Abu Bakar itu membawa perkembangan masyarakat Arab ke
arah kesatuan politik dan menjadikan mereka melihat Madinah sebagai ibu kota
negara mereka dan sumber segala kebijakan mereka.
Ukhtuka Fi Islam
Farah ‘Ullya Lutpi
SMKA Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu
bukan ke sistem pembayaran gaji tentera diperkenalkan oleh saidina umar? mohon pencerahan.
BalasPadamterima kasih diatas perkongsian ini. ;-)
BalasPadamtq;)
BalasPadamTerima ksih krna sdh mmbri mklumat dgn lbih lnjut..
BalasPadamTerima ksih krna sdh mmbri mklumat dgn lbih lnjut..
BalasPadam