Cari Blog Ini

Selasa, 20 November 2012

MASYARAKAT ISLAM



1.   KONSEP UMMAH:

Soalan: Huraikan konsep ummah dan usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw  untuk   membentuk masyarakat Madinah

Pengenalan
Sebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama iaitu Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi berhjrah ke Madinah.

Pengertian Ummah
Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada semua penduduk Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenali sebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai golongan Ansar serta orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah telah menyebutkan nama mereka satu persatu dan mereka masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah.

Sebagai kesimpulan, ummah ialah:
o       Masyarakat atau umat manusia. Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al Quran.
o       Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat nabi Ibrahim a.s, nabi Isa a.s dan umat nabi Muhammad saw.
o    Dalam konteks Madinah Ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi , dan Kaum Nasrani .
o    Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam piagam madinah.
o       Bilamana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah maka konsep ummah terbatas kepada umat islam sahaja.

Sejarah Pembentukan Ummah
Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M. Suasana di Madinah tidak aman menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar negara Islam Madinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai dengan golongan Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah digubal, Nabi juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.

Langkah-langkah dalam pembentukan masyarakat Madinah:
1.      Mendirikan dan Memakmurkan Masjid
Masjid berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama , politik ekonomi dan sosial contoh masjid  Nabawi . Justeru dapat melahirkan masyarakat Madinah yang bersatu padu.

2.      Penyatuan masyarakat islam Madinah melalui Al-Quran dan Hadis
Bagi memastikan kejayaan pembentukan dan penyatuan masyarakat islam, nabi Muhammad saw menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan kehidupan masyarakat Islam Madinah.                                               
3.      Menyatukan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj
Kedua-dua kaum ini telah lama bermusuhan sehingga berlakukan peperangan yang panjang seperti Perang Buath.Baginda telah menyatukan suku Aus dan Khazraj menjadi Ansar .Justeru itu semangat Assabiyah telah digantikan dengan semangat ukhwah.
4.      Mempersaudarakan dan Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar
Kaum Muhajirin yang berpindah dari Mekah ke Madinah menghadapi kesulitan fizikal. Nabi Muhammad saw  telah menanamkan semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan diantara golongan Muhajirin dan Ansar. Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai dengan sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duan”. Contohnya Saidina Umar al-Khattab dengan Utbah bin Malik .

Firman Allah Ta’ala:
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلاَ يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاً لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami Kota Madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya dari tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu” (al-Hasyr: 9-10).

5.      Membendung perancangan kaum Munafik
Kaum munafik merupakkan kaum yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah belahkan dan menghancurkankan masyarakat Islam. Melalui wahyu baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.Langkah baginda berjaya kerana tiada permusuhan secata terbuka dan kematian ketunya Abdullah b Ubay melenyap cita-cita mereka.
6.      Penyingkiran Kaum Yahudi di Madinah
Kaum Yahudi Bani Qainuqa , Bani Nadir dan Bani Quraidzah telah disingkirkan dari kota Madinah kerana melanggar  Perjanjian Madinah.Penyingkiran mereka di buat secara perundangan berteraskan keadilan .Langkah baginda ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah .Dengan itu Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat islam sahaja.       

7.      Kesimpulan
Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha penyebaran Islam. Ia juga sekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin yang unggul. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika baginda juga digelar sebagai seorang negarawan.




2. PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM (MEKAH DAN MADINAH)
Soalan: Huraikan Latar Belakang Masyarakat Mekah Dan Kota Madinah (Yatrib) Sebelum Kedatangan Islam

Pendahuluan
o    Kota Mekah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua-dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Mekah merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam-zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua – dua kota ini dirakam oleh Allah di dalam al-Quran.
o    Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Mekah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat itu, masyarakat kota-kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna.

Isi Kandungan dan Latar BelakangAnggota Masyarakat
o    Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Mekah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Mekah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup berpuak-puak merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abdul Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abdul Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Mekah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al-Fijr adalah bukti permusuhan mereka.
o    Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000-5000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Puak Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa puak. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku-suku hasil daripada adu dumba daripada puak Yahudi. Permusuhan di antara suku Arab Aus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

Agama dan kepercayaan
o  Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan disekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Mekah menajdi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.
o    Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iiatu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa – bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut kristian di Madinah memusuhi orang – orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s  Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan.

Moral Dan Akhlak
o      Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum  lain  yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa-apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.
o    Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

Sistem Ekonomi
o    Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu-batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Mekah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat keuntungan. Pengishtiharan bulan-bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Mekah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara (Syam). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah.
o    Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.

Sistem Politik
o    Masyarakat Mekah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, kebenaranian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Mekah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala’ untuk menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin.
o    Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Bu’ath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj.

Ilmu Pengetahuan
o  Masyarakat Mekah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu – ilmu yang boeh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang – pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira – kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.
o   Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.

Kesimpulan
Masyarakat kota Mekah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka dalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota – kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.


3. KAITAN UMMAH DENGAN POLITIK ISLAM DI MADINAH
Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.

Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam. Sebagai satu ummah semua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping itu, mereka juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Nabi dengan jelas menyebutkan bahawa sesiapa atau mana-mana golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orang-orang Yahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentara Islam. Malah telah bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy.

Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Nabi telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam. Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara kedua-dua puak tersebut.

Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan dalam tempoh 13 tahun Nabi di Mekah.




Ukhtuka Fi Islam
Farah ‘Ullya Lutpi
SMA Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu



1 ulasan:

  1. Salam. Berkenaan perkataan, "Bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duan", sila diteliti kajian dari laman berikut:

    http://www.darulkautsar.net/darulkautsar-net/pemurnian-sejarah/zaman-rasulullah/beberapa-cerita-palsu-sekitar-peristiwa-muakhat.html

    BalasPadam