1. Pendahuluan
Saidina Umar al-Khattab ialah khalifah Islam
yang kedua zaman Khulafa al-Rasyidin. Beliau terkenal sebagai seorang yang
berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. Dikenali sebagai al-Farouk
dan Amir al-Mukminin. Beliau memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H. Pelantikan
sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat
Islam. Beliau melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan
perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. Zamannya berlaku
kegemilangan Islam, sama ada dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan agama. Beliau
meninggal dunia pada 23H.
2. Isi Kandungan
Di antara pembaharuan yang dilakukan
oleh Khalifah Umar al-Khattab pada zaman pemerintahan beliau ialah:
2.1. Sistem Syura
o
Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang
berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/
luar Negara.
o
Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura
yang terdiri daripada para sahabat.
o Membahagikan majlis
syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am.
o Bagi hal-hal yang kurang
penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid.
2.2. Perluasan wilayah Islam
o Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa.
o Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir,
Palestin.
o Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan
dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik, dan Kufah.
o
Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah
Islam
2.3. Pelantikan Pegawai Wilayah
o Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah
peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera.
o Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas
perbendaharaan wilayah.
o Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah
Islam.
o Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.
o Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman.
o Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak
memegang jawatan di wilayah.
o Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab
yang wajib dipatuhi.
o Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan
di wilayah setiap tahun selepas musim haji.
o
Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang
dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah.
o
Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/
tidak cekap melaksanakan tugas.
2.4. Pengurusan Tanah
o
Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah
tersendiri, sebagai contoh di Iraq, tanah menjadi hak milik kerajaan:
·
Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi.
·
Tanah yang tiada waris.
·
Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluki
oleh tentera Islam.
o
Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk
membangunkan wilayah masing-masing.
o
Undang-undang pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan
tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan
kepada petani.
o Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di
wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal
wilayah Islam yang baru ditakluki.
2.5. Sistem Percukaian
Tanah Dan Tanaman
o
Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman.
Contoh: Gandum dikenakan cukai sebanyak dua dirham, barli satu dirham, anggur
sepuluh dirham.
o
Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding
dengan tanah yang kurang subur.
2.6. Memajukan Sektor Pertanian
o Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah
sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian.
o Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan
menjadi milik kerajaan semula.
o
Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali
terusan Amirul-Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa.
2.7. Struktur
pentadbiran ketenteraan
o Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela.
o Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan
melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan
gangguan tumpuan terhadap tugas.
o Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh - Berjalan tanpa
pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah.
o Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran.
o
Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti
Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims.
o Membina kubu-kubu pertahanan sebagai langkah berjaga-jaga.
2.8. Sistem Kehakiman
o Menetapkan syarat-syarat pelantikan kadi atau hakim yang ketat.
Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat.
o Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain
untuk menjamin keadilan.
o Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.
o Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk
mengelakkan berlaku tidak adil.
o Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di
pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan.
3. Kesimpulan
Pelaksanaan dan kejayaan dalam
pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas
yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar
telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas di samping
membentuk empayar Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan